Monday, 11 April 2016

Makanan yang popular di Sarawak


Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.  Keistimewaan bumi Sarawak ini adalah kerana memiliki hutan hujan tropika yang tertua yang masih banyak yang belum diteroka.  Tarikan utama hutan ini adalah  bunga terbesar di dunia iaitu bunga raflesia.

Antara makanan tradisi sarawak yang popular adalah kek lapis sarawak, laksa sarawak, mee kolok, ayam pangsuh, tebaloi, umai, buah dabai, nasi ayam penyek, beras bario, terubuk masin dan banyak lagi...  sekiranya berkunjung ke Kuching, wajib membeli kek lapis sarawak dan terubuk masin yang dijual dengan harga yang murah.

kek lapis sarawak yang popular dan murah.  


terubuk masin sarawak antara tarikan utama makanan di sarawak

tebaloi yang sangat mudah di dapati di Mukah

umai ada beraneka jenis.  antaranya umai udang, umai ikan tenggiri, umai ikan yu dan umai obor2.  umai ni macam sushi. Proses membuatnya sangat mudah.  bahanyang diperlukan hanya dengan limau, cili dan perasa.  


mee kolok dan laksa sarawak yang mesti dirasa sekiranya berkunjung ke sarawak.


ayam penyek biasanya dilengkapkan dengan nasi putih, tauhu, tempe, ulam-ulaman dan sambal belacan.

ayam pangsuh atau lebih dikenali sebagai manok pangsuh sangat istimewa kerana ianya dimasak di dalam buluh.  ayam tadi dipotong kecil2, digaul dengan bahan perasa dan dimasukkan ke dalam buluh sebelum dimasak atas api.  sekali imbas seolah2 macam memasak lemang.

ulat sagu atau ulat mulong sangat popular terutama di kawasan Mukah.  utk kaum muslim ulat ini haram dimakan ye..


antara jenis2 buah yang popular di sini yang susah nak jumpa kat semenanjung adalah:

buah dabai.  sangat mudah dijumpai terutama di sibu.  Boleh dijadikan sebagai bahan masakan. contohnya nasi goreng dabai.


buah tampoi boleh dijumpai di pasar2 yang menjual hasil tani.

buah tarap ni rupanya macam durian. tetapi durinya halus dan lembut.  isi di dalamnya seperti cempedak tetapi mempunyai rasanya yang tersendiri.


buah tampoi belimbing ni memang sangat mudah dijumpai di pasar satok. buah ini boleh dibuat jeruk dan dimakan begitu sahaja.  rasa isinya seperti buah rambai.  kalau dibuat jeruk kita boleh makan kulitnya.





  sekian entri kali ini dari bumi borneo..






1 comment:

  1. assalam..salamkenal..
    saya suka makan kek lapis tu..sedap
    buah tampoi kalau di sabah panggil Liposu..dalam bahasa sabah..masam2..

    ReplyDelete